CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Ahad, 14 Februari 2010

PUM Minta Pihak Berkuasa Agama Negeri Mempertingkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang

Sumber : Tranungkite

Oleh DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyokong saranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui khutbah pada hari ini yang mengajak umat Islam menjauhi budaya songsang iaitu menyambut Hari Kekasih.

Di samping seruan melalui khutbah, PUM juga meminta pihak jabatan agama Islam negeri khususnya di Wilayah Persekutuan meningkatkan usaha penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah dengan kesan negatif sambutan Hari kekasih.

Sempena budaya songsang Hari Kekasih, remaja-remaja Islam telah dikempenkan untuk merayakan perayaan tersebut sungguhpun telah difatwakan haram oleh majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri.

Sepertimana yang dimaklumi, pasangan kekasih tanpa pertalian nikah yang sah akan berpeleseran di taman-taman tasik, dataran-dataran, hotel-hotel dan sebagainya untuk melempiaskan nafsu yang jelas melanggar undang-undang jenayah syariah sedia ada.

Sehubungan dengan itu, pihak PUM meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri khususnya JAWI terus meningkatkan penguatkuasaan bagi menghalang perlakuan tidak sopan di khalayak ramai, berkhalwat, minum arak dan sebagainya yang jelas mencemar imej Islam.

Di samping usaha dakwah dan islah yang berterusan, umat Islam harus dididik dengan penguatkuasaan undnag-undang supaya mereka menghindari gejala jahat dan songsang dalam masyarakat Islam di negara ini.

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama’ Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan