CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 22 Mac 2010

Ribuan penduduk sertai perhimpunan Al-Aqsa

Sumber : Sinar Harian

JAKARTA - Beribu-ribu orang membanjiri jalan raya di ibu kota Jakarta ke:lmarin untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada menjadi mangsa kekejaman Israel.

:Menurut Jakarta Post, walaupun hujan lebat, kumpulan penyokong Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berarak dari kawasan Monumen Nasional ke bulatan sesak, Hotel Indonesia.

Mereka memegang sepanduk yang tertera slogan 'Selamatkan Masjid al-Aqsa daripada Zionis Israel' dan 'Seorang Invidivu Satu Dolar untuk menyelamatkan Palestin'.

Kumpulan penyokong itu juga membawa replika Masjid Al-Aqsa.

Pengerusi PKS di Jakarta berjanji akan membuktikan bahawa rakyat Indonesia bersedia untuk menyokong sebarang langkah melindungi masjid itu.

Jakarta Post menyatakan perhimpunan itu adalah sebagai reaksi kepada kerja penggalian Israel untuk membina terowong yang akan membahayakan tapak Masjid Al-Aqsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan