CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Isnin, 22 Mac 2010

Setiausaha Agung PBB kutuk kepungan Israel di Gaza

Sumber : Sinar Harian

GAZA - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengutuk kepungan Israel ke atas Genting Gaza kerana menyebabkan penderitaan yang sukar diterima.

Beliau juga menegaskan pembinaan penempatan haram di kawasan yang diduduki rejim adalah tidak sah dan mesti dihentikan.

"Saya sering menjelaskan kepada pemimpin Israel bahawa dasar menutup sempadan itu adalah salah kerana menyebabkan penderitaan manusia," kata Ki-moon.

Beliau memasuki Gaza semalam dengan menyatakan perpaduan ke atas nasib rakyat Palestin dan mendesak Israel menamatkan kepungan di wilayah itu.

Sementara itu, seorang remaja Palestin berumur 16 tahun ditembak mati tentera Israel di Tebing Barat.

Kematian Mohammed Qadus, 16, berlaku ketika ketegangan semakin meningkat antara Israel dan Palestin selepas Tel Aviv mengumumkan rancangan membina 1,600 rumah baru di Baitulmaqdis Timur.

Pengumuman mengenai rancangan membina rumah baru itu mencetuskan kemarahan dan bantahan penduduk Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan