CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 17 Mac 2010

TAZKIRAH

Sumber : Tranungkite

Oleh : nasya

Aisyah radhiyallahuanha berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib,Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersolat duduk,maka aku pun bertanya kepadanya:"

"Ya Rasulullah!Mengapa aku melihat engkau solat duduk, apakah engkau sakit?"

Jawab Baginda s.a.w: "Aku lapar,wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jwapan Baginda s.a.w itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda s.a.w itu. Baginda s.a.w berasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah!Jangan menangis,kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."

dicedok daripada majalah Solusi
edisi PP15048/05/2010 (024506)
ISU No.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan