CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Rabu, 17 Mac 2010

Dunia Di Penghujung Nyawa

E-mail dari JD

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis '
- Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka'. Ada
yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita'- Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid'- Riwayat Nasai


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik &
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.'- Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah
akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang'.


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit'- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar'- Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai'- Sahih Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan