Di dalam hati manusia ini ada dua sifat, sifat mazmummah (sifat terkeji) dan sifat mahmudah (sifat terpuji). Biasanya manusia hanya memikirkan perkara-perkara yang terpuji yang telah lakukan, perkara baik yang dibuat. Kadang-kala tujuan untuk bangga diri dan merasakan dirinya sudah hebat. Jarang kita menkoreksi diri kita apa perkara terkeji yang kita buat, mungkin kadang-kadang kita tidak sedar. Imam al Ghazali telah menggariskan perkara atau ciri-ciri sifat mazmummah yang ada pada manusia, mari kita periksa ada atau tidak pada kita.
1. Syarut Ta'am - banyak makan, mulut tidak pernah diam, ada sahaja benda yang hendak dikunyah. Kita jarang jumpa orang yang gelojoh makan tapi biasa jumpa orang yang banyak makan. Kalau bulan puasa malam letih sebab berbuka berlebihan. Apabila kita makan banyak kita jadi letih, apabila letih kita mengantuk, bila mengantuk tidur, jadi sudah kurang masa berzikir. Ada orang kata makan banyak tapi tidak letih pun, itupun tidak boleh kerana ia sudah kategori membazir. Makanlah secara sederhana atau ikut sunnah berhenti sebelum kenyang.
2. Syarul Kalam - banyak cakap, bukanlah maksud kerjaya dia contoh , guru, tapi orang ni suka bercakap atau bersembang benda yang lara, dan lebih teruk lagi mendatangkan dosa seperti mengumpat. Kadang-kadang dia macam tahu semua sehingga tak sedar dia cakap tidak benar. Bercakaplah kita pada perkara yang mendatangkan faedah kerana dikhuatiri kita tidak sedar apa yang kita cakap dan tidak mahu kita tergolong dalam sifat terkeji.
3. Ghadzab - pemarah, angin satu badan, kira nak marah orang saja walaupun benda remeh. Bukan tidak boleh ada sifat marah tapi kena betul seperti pada orang yang menghina Islam. Susah mahu cari orang yang tengah marah tapi boleh senyum lagi. Syaitan suka orang yang suka marah-marah kerana dia bakar lagi api kemarahan yang itu sampai berbunuh-bunuh atau keluar kata-kata kesat.
Petikan kulliyah oleh Ustaz Syed Nazli Syed Ahmad
Ustaz Nazli memerlukan lagi dana untuk Maahad al Manarut Taqwa di Pulau Pinang, infaq dlialukan, niatlah pada orang tua kita sebagai sedekah jariah. Jika ada duit faedah (riba) boleh disumbangkan tetapi harus dimaklumkan terlebih dahulu. Hubungi beliau melalui telefon 012-4296542 atau akaun CIMB 1244 0000 0721 05. Harap selepas meletakan batu asas baru dapatlah kiranya mereka mempercepatkan proses pembangunan yang lain.
Rabu, 30 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan