Sumber : Sinar Harian
MANILA - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) melarang pegawai dan askarnya menyertai pilihan raya umum pada Mei nanti.
Pegawai Hal Ehwal Politik MILF, Ghadzali Jaafar mengumumkan arahan mengenai larangan itu sebagai mewakili Pengerusi MILF, Murad Ebrahim.
Beliau berkata, setiap anggota MILF harus mematuhi dasar kumpulan itu yang melarang mereka membabitkan diri dalam sebarang kegiatan politik.
Pendirian tersebut adalah tindakan sama yang pernah dilakukan kumpulan itu semasa pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, Ghadzali menyatakan anggota sukarela awam dikecualikan daripada larangan tersebut.
"Pegawai dan pejuang MILF diarahkan mematuhi syarat-syarat dalam memorandum ini yang melarang penyertaan mereka dalam pilihan raya tempatan dan nasional pada 2010," katanya.
Ghadzali mendakwa sistem demokrasi yang digunakan untuk memilih pemimpin menimbulkan perpecahan dan pertelagahan.
"Ia juga gagal menghasilkan pemimpin terbaik dan berkelayakan," katanya.
Khamis, 7 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan