CARIAN KOD MAKANAN (HALAL/HARAM)

Khamis, 7 Januari 2010

Polis Mesir bertempur dengan penyokong Palestin

Sumber : Sinar Harian

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 55 orang cedera dalam pertempuran yang tercetus antara polis Mesir dan penyokong Palestin yang cuba menghantar bekalan bantuan ke Genting Gaza.

Lebih 500 aktivis merempuh pin:tu masuk di pelabuhan El-Arish kelmarin sebagai membantah keputusan Mesir menyekat lebih 50 konvoi bantuan memasuki Gaza menerusi sempadan Rafah.

Mesir hanya membenarkan 139 konvoi memasuki Gaza tetapi menghalang 59 lagi dengan mengarahkan mereka memasuki wilayah Palestin itu menerusi Israel.

Perjalanan konvoi Viva Palestina diketuai ahli Parlimen Britain, George Galloway, tertangguh lebih seminggu selepas beliau dan delegasi Turki gagal memujuk Mesir mengubah pendirian mengenai sekatan laluan tersebut.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan Mesir maut dan 10 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus di sempadan Gaza berikutan penangguhan konvoi bantuan antarabangsa tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan