Sumber : Sinar Harian
SUNGAI BULOH - Ramai yang tidak mengetahui kewujudan rumah amal kebajikan yang bergerak secara persendirian bagi membantu anak yatim seperti Rumah Amal Baitul Kasih, Bukit Rahman Putra, di sini.
Rumah kebajikan ini yang mula dibuka oleh pengasasnya, Ummu Liza kira-kira setahun lalu, menampung seramai 33 anak yatim termasuk lima anak kelainan upaya (OKU) dari sekitar Sungai Buloh.
Ummu berkata, kebaji kan dan urusan persekola han penghuni rumah amal ini dilakukan sendiri olehnya dengan bantuan beberapa ibu tunggal yang tinggal di rumah amal berkenaan.
“Rumah amal ini adalah rumah kedua yang dibuka untuk anak yatim selepas rumah amal di Rawang dibuka tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui.
Katanya, hasrat membuka rumah amal ini tercetus semenjak dia terlibat dalam aktiviti memandikan jenazah dan melihat sendiri nasib anak yatim yang hidup terumbang-ambing selepas kematian ibu bapa masing-masing.
“Perasaan simpati terhadap nasib anak ini mendorong saya untuk membuka sebuah rumah khas untuk mengumpulkan anak ini sekali gus menjaga kebajikan mereka dengan harapan menjadi insan yang berjaya,” katanya.
Bagaimanapun Ummu berkata, peruntukan yang disediakannya tidak mencukupi untuk menampung keperluan rumah amal ini dan banyak yang diperlukan untuk memastikan keselesaan dan kehidupan yang lebih sempurna bagi anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan berkenaan.
“Selama ini rumah amal ini dibiayai oleh saya sendiri dan ada menerima bantuan dari pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM15,000 setahun.
“Bagaimanapun, jumlah ini tidak mencukupi kerana secara kasar perbelan jaan yang digunakan dalam masa sebulan adalah kira-kira RM7,000,” katanya.
Menurutnya, perbelan jaan berkenaan digunakan untuk menjelaskan bayaran rumah yang disewa, bil elektrik dan air, keperluan sekolah, yuran kelas tambahan, kelas mengaji serta keper luan makanan dan pakaian anak yatim berkenaan.
“Bayaran bulanan bagi rumah yang disewa adalah sebanyak RM800 sebulan manakala bagi urusan pembelian buku dan pendaftaran sekolah tahun ini memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000,” katanya.
Katanya, dia pernah mengemukakan permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
“Berdasarkan syarat itu, rumah kebajikan ini perlu menepati ciri keselamatan yang digariskan bagi setiap rumah anak yatim.
“Namun, kami tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk mengubahsuai rumah ini seperti yang ditetapkan dan menyebabkan kami tidak layak mendapat bantuan yang dipohon,” katanya.
Selain itu, Ummu turut menceritakan penderitaan seorang penghuninya, Fatimah berusia tiga tahun yang mengalami masalah gangguan otak (brain damage) sehingga menyebabkan penglihatannya terganggu.
“Fatimah adalah salah seorang anak yatim berbangsa Cina yang tinggal di rumah ini dan kehilangan kedua ibu bapanya akibat terlibat dalam nahas jalan raya ketika usianya setahun.
“Doktor juga mengesahkan Fatimah mempunyai masalah berkaitan otak yang menyebabkan penglihatannya terganggu malah dia juga tidak dapat berjalan dan berdiri dengan betul,” katanya.
Sehubungan itu, Ummu berharap ada badan korporat mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang sudi menghulurkan ban tuan membiayai sedikit sebanyak keperluan beliau menguruskan anak-anak di rumah amal ini.
“Saya amat berharap agar ada pihak yang prihatin dengan nasib anak-anak yatim di rumah ini agar keperluan persekolahan dan kebajikan mereka terjaga,” katanya.
Kelab Lions ceriakan penghuni
Kelab Lions cawangan Kuala Lumpur yang prihatin dalam membantu kebajikan masyarakat mengadakan lawatan ke Rumah Amal Baitul Kasih bagi menghulurkan bantuan kepada anak yatim.
Presidennya, Aishah Ismail berkata, program lawatan ini bertujuan mencari rumah kebajikan dan anak yatim yang memerlukan bantuan dan kurang mendapat perhatian daripada mana-mana agensi.
“Kelab Lions adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang mengalami kesukaran khususnya dari segi kebajikan seperti anak yatim di Rumah Baitul Amal Kasih.
“Kami berminat untuk membantu rumah kebajikan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak pernah mendapat tajaan dari mana-mana pihak supaya rumah ini diberi perhatian pada masa akan datang,” katanya.
Pada program lawatan itu, Kelab Lions dengan kerjasama Pasaraya Mydin turut menyediakan pakaian sekolah bagi setiap anak yatim dan pemberian duit raya daripada ahli Kelab Lions.
Dalam pada itu, Aishah turut berbesar hati untuk membantu Fatimah di bawah projek HUGS (Helping Underprivileged Gain Strength) yang ditubuhkan untuk membantu anak yatim yang mempunyai masalah kurang upaya (OKU).
“Saya membawa adik Fatimah di pusat rawatan mata Lion Eye Clinic dan doktor memberitahu keadaan matanya tidak dapat dipulihkan.
“Bagaimanapun, saya akan mendapatkan rawatan seterusnya untuk adik Fatimah dan melakukan usaha yang terbaik bagi memastikan Fatimah mendapat rawatan sekiranya berpeluang untuk pulih,” katanya.
Aishah berkata, beliau turut berharap dapat membantu lebih ramai anak yatim khususnya yang mengalami masalah kurang upaya melalui projek HUGS yang dilaksanakan dan mendapat sokongan dari pelbagai agensi korporat dan NGO.
“Saya amat berharap lebih ramai NGO dan korporat yang tampil menghulurkan bantuan untuk mereka kerana mungkin anak ini berpotensi menjadi pemimpin yang berjaya dengan bantuan yang diberikan,” katanya.
Ahad, 3 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan